Seorang bantu 3 nyawa
DERMA darah amalan mulia yang bukan saja memupuk nilai baik dalam diri
dan menjadi tanggungjawab sosial, tetapi paling penting turut membantu
menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini dianggap
kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda.
Hakikatnya, kempen derma darah tidak mungkin berjaya andai masih ada persepsi negatif menganggap ia perkara memudaratkan. Keluhan sering didengar - takut gemuk atau takut jarum bukan saja tidak tepat tetapi turut menjejaskan kempen murni ini.

Seperti ditegaskan Pakar Transfusi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Kam Wooi Seong, pendermaan darah tidak memudaratkan badan.
Menyedari kepentingan amalan itu, PDN sentiasa mengambil langkah
berterusan menggalakkan kesedaran masyarakat dan meningkatkan kesediaan
mereka untuk menderma darah bagi memastikan stok Tabung Darah Negara
(TDN) sentiasa mencukupi.
Menurut Dr Kam, setakat ini stok darah TDN stabil, namun pada masa sama, hampir setiap hari PDN akan menganjurkan kempen derma darah di pelbagai lokasi yang dikenali sebagai kempen bergerak atau ‘blood mobile’ terutama di pusat beli-belah, pasar raya dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
PDN juga, katanya, memberi pendedahan mengenai kepentingan menderma darah kepada penderma dan penerima melalui kempen yang dianjurkan.
“Sepanjang Ramadan lalu, kira-kira 400 kakitangan kami bekerja lebih masa sehingga jam 2 atau 3 pagi apabila PDN melanjutkan waktu derma darah selepas jam 8 malam bagi memberi peluang umat Islam berbuka terlebih dulu sebelum menderma darah.
“Pada hari ketiga cuti Aidilfitri, kami sudah memulakan operasi dan mengadakan blood mobile bagi memastikan stok darah terus mencukupi dalam menghadapi kemungkinan kes kemalangan yang kerap berlaku pada musim perayaan,” katanya.
Selain itu, stok darah juga diperlukan untuk kes lain termasuk pembedahan, leukemia, barah, talassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan ketika bersalin dan haemophilis.
Kebanyakan orang menganggap derma darah hanya membabitkan pengambilan sel darah merah tetapi sebenarnya ada tiga jenis komponen pendermaan iaitu sel darah merah, platelet dan plasma. Pendermaan komponen sel darah merah dikenali pendermaan keseluruhan darah manakala platelet, plasma atau keduanya-keduanya disebut pendermaan aferesis.
Lebih tepat, ujar Dr Kam, pendermaan keseluruhan bermaksud penderma perlu menyumbang darah merah berdasarkan isi padu tertentu mengikut berat badan masing-masing, manakala pendermaan aferesis memerlukan penderma menderma sel tertentu darah yang mana komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam tubuh mereka.
Justeru, katanya, PDN sentiasa memastikan stok ketiga-tiga jenis komponen pendermaan itu mencukupi kerana ia mempunyai kepentingan atau kegunaan masing-masing.
Secara ringkas, sel darah merah digunakan untuk masalah kekurangan hemoglobin seperti penyakit buah pinggang dan kanser. Platelet pula diperlukan untuk pesakit mengalami kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia manakala plasma bagi pendarahan semasa bersalin, melecur akibat kebakaran serta pendarahan ekoran kerosakan hati.
Darah dikumpul TDN mempunyai tarikh luput tertentu seperti sel darah merah yang boleh bertahan 35 hari, platelet (lima hari) dan plasma (dua tahun), sekali gus memerlukan PDN mencari penderma baru bagi menggantikan stok darah berkenaan.
Bagi memastikan usaha PDN sentiasa berjaya, orang ramai digalakkan menderma darah mengikut jenis komponen dipilih sendiri kerana darah yang disumbangkan seseorang penderma mampu membantu menyelamatkan tiga nyawa. Untuk maklumat, tarikh dan lokasi penganjuran blood mobile, layari www.pdn.gov.my atau hubungi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan